murthehelp

Tentang murthehelp

murthehelp ialah sistem pengurusan taska percuma untuk pengusaha taska di Malaysia: laman taska sendiri, borang pendaftaran online, tapisan permohonan, kehadiran dan rekod yuran. Percuma untuk mula.

Apa yang murthehelp buat

  • Laman taska sendiri. Taska anda dapat alamat sendiri: murthehelp.my/nama-taska. Ibu bapa nampak alamat, waktu operasi, yuran dan peta, lepas itu terus klik Daftar Anak. Kongsi sahaja pautan dalam WhatsApp.
  • Borang permohonan dalam talian. Ibu bapa isi enam bahagian pendek dari telefon: anak, ibu, bapa, kesihatan, dokumen, semak. MyKid, rekod imunisasi, IC dan slip gaji dimuat naik terus. Tak perlu datang taska bawa fotostat.
  • Papan tapisan. Semua permohonan masuk ke satu senarai. Tapis ikut sesi, pendapatan atau jarak rumah. Tukar status seorang-seorang, atau ramai-ramai sekali gus.
  • Semak, lulus, maklumkan ibu bapa. Buka satu permohonan, semak dokumen, tukar status. Lulus atau tidak, anda yang maklumkan: klik WhatsApp, mesej dah siap taip, hantar sahaja kepada ibu bapa. Emel pun boleh.

Selepas pendaftaran, Premium menambah kehadiran harian, rekod yuran, akaun untuk guru dan berbilang cawangan di bawah satu akaun.

Untuk siapa

Untuk pengusaha taska di Malaysia — taska rumah dengan sedikit kanak-kanak, sampailah taska yang ada beberapa cawangan. Anda dan guru anda yang guna panel; ibu bapa cuma buka pautan taska anda dan isi borang, tanpa akaun.

Harga

  • Percuma — RM0. Sehingga 20 kanak-kanak berdaftar, permohonan tanpa had, satu cawangan. Tiada tarikh luput dan tiada kad kredit.
  • Premium — RM79 sebulan atau RM790 setahun. Kanak-kanak tanpa had, kehadiran, yuran, eksport dan akaun untuk guru, untuk satu taska.
  • Cawangan tambahan — RM39 sebulan setiap satu (RM390 setahun). Cawangan pertama sudah termasuk dalam harga Premium.

Bayaran melalui ToyyibPay, tiada auto-debit. Harga penuh ada di laman harga.

Siapa di belakangnya

murthehelp dilancarkan pada September 2026 dan dibina di Malaysia. Harga dalam Ringgit, dan data taska anda dilindungi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Hubungi kami

WhatsApp ke +601162521464 atau emel kepada kami.

Lihat juga Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi.