murthehelp

Urus taska anda dari satu tempat.

Ibu bapa daftar dan hantar dokumen dari telefon. Anda tapis permohonan, tanda kehadiran dan rekod yuran dari satu papan pemuka. Percuma untuk 30 permohonan setiap sesi.

Tak perlu demo, tak perlu kad kredit. Laman taska anda siap dalam 10 minit.

Papan tapisan murthehelp: senarai permohonan Sesi 2027 dengan status setiap anak

Apa yang taska anda dapat.

Laman taska sendiri

Taska anda dapat alamat sendiri: murthehelp.my/nama-taska. Ibu bapa nampak alamat, waktu operasi, yuran dan peta, lepas itu terus klik Daftar Anak. Kongsi sahaja pautan dalam WhatsApp.

Tangkapan skrin: Laman taska sendiri

Borang permohonan dalam talian

Ibu bapa isi enam bahagian pendek dari telefon: anak, ibu, bapa, kesihatan, dokumen, semak. MyKid, rekod imunisasi, IC dan slip gaji dimuat naik terus. Tak perlu datang taska bawa fotostat.

Tangkapan skrin: Borang permohonan dalam talian

Papan tapisan

Semua permohonan masuk ke satu senarai. Tapis ikut sesi, pendapatan atau jarak rumah. Tukar status seorang-seorang, atau ramai-ramai sekali gus.

Tangkapan skrin: Papan tapisan

Putuskan dan maklumkan ibu bapa

Buka satu permohonan, semak dokumen, tukar status. Lulus atau tidak, anda yang maklumkan: klik WhatsApp, mesej dah siap taip, hantar sahaja kepada ibu bapa. Emel pun boleh.

Tangkapan skrin: Putuskan dan maklumkan ibu bapa

Selepas pendaftaran, urus hari-hari taska.

Pendaftaran cuma permulaan. murthehelp ikut anda sepanjang tahun.

Siap dalam 10 minit. Daftar sendiri, terus guna.

  1. Tangkapan skrin: Buat akaun dan namakan taska

    1. Buat akaun dan namakan taska

    Nama, emel, kata laluan, lepas itu nama taska dan alamat lamannya. Itu sahaja.

  2. Tangkapan skrin: Isi profil taska

    2. Isi profil taska

    Alamat, telefon, waktu operasi, yuran. Letak logo dan warna taska kalau ada.

  3. Tangkapan skrin: Buka sesi pendaftaran

    3. Buka sesi pendaftaran

    Bagi nama sesi, tetapkan kapasiti dan tarikh tutup.

  4. Tangkapan skrin: Kongsi pautan

    4. Kongsi pautan

    Salin pautan dari papan pemuka, hantar ke kumpulan WhatsApp. Lepas itu tunggu sahaja permohonan masuk.

Mula percuma. Naik taraf bila taska anda perlukan.

Percuma

RM0

Cukup untuk satu taska dengan satu sesi pendaftaran setahun.

  • Permohonan setiap sesi 30
  • Dokumen setiap permohonan 3
  • Cawangan 1
  • Emel status automatik
  • Eksport CSV / PDF
  • Kehadiran harian
  • Rekod yuran
Daftar percuma

Premium

RM49/bulan

Tanpa had permohonan, kehadiran, yuran, eksport dan berbilang cawangan.

  • Permohonan setiap sesi Tanpa had
  • Dokumen setiap permohonan 10
  • Cawangan Tanpa had
  • Emel status automatik
  • Eksport CSV / PDF
  • Kehadiran harian
  • Rekod yuran
Mula dengan Percuma dulu
Halaman Bil murthehelp: pelan Premium, bil RM49 bulanan dan sejarah pembayaran

Bayar bulanan terus dari panel, melalui ToyyibPay. Tiada kontrak, tiada kad kredit untuk mula. Batal bila-bila masa.

Soalan yang selalu ditanya.

Ada soalan lain? Tanya kami di WhatsApp

Pelan Percuma tu betul-betul percuma?

Ya. 30 permohonan setiap sesi pendaftaran, satu cawangan, tiada tarikh luput. Tak perlu kad kredit untuk mula.

Ibu bapa perlu buat akaun?

Tidak. Mereka buka pautan taska anda, isi borang, dan dapat nombor rujukan. Untuk semak status, cukup nombor rujukan dan empat digit terakhir telefon.

Dokumen ibu bapa selamat?

Dokumen disimpan dalam storan peribadi dan hanya akaun taska anda yang boleh buka. Setiap borang datang dengan notis privasi selaras Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Saya masih guna borang kertas atau Google Form. Perlu tukar terus?

Tak perlu. Mula dengan sesi pendaftaran seterusnya. Yang masuk melalui murthehelp terus ada dalam papan tapisan; yang lama boleh anda simpan macam biasa.

Macam mana nak bayar Premium?

Langganan bulanan RM49 melalui ToyyibPay — FPX (online banking) atau kad. Naik taraf dari papan pemuka bila perlu, batal bila-bila masa.

Taska saya ada lebih daripada satu cawangan.

Premium letak semua cawangan di bawah satu akaun. Setiap cawangan ada laman dan sesi pendaftarannya sendiri, anda tengok semuanya dari satu papan pemuka.

Ubah cara taska anda terima pendaftaran.

Daftar hari ini. Data ibu bapa disimpan dengan selamat, dan hanya taska anda yang boleh lihat.